Kelab dan Persatuan turut memainkan peranan menjalankan pelbagai aktiviti untuk lebih gemilang dengan melakukan pelbagai penambahbaikan di seluruh kawasan sekolah. Projek Taman Herba merupakan satu projek yang mampu memberikan pelbagai impak positif khususnya kepada semua warga sekolah. Generasi kini kurang mengenali tanaman-tanaman herba yang sering digunakan oleh pelbagai masyarakat. Dengan adanya projek Taman Herba ini, warga sekolah dapat mengenali pelbagai jenis tanaman herb nama saintifik serta khasiatnya.
Tujuan / Objektif Projek
- Memberi pendedahan tentang pelbagai jenis tanaman herba kepada warga sekolah.
- Menanamkan sikap cinta akan maklumat dengan meletakkan tanda nama tanaman herba tersebut.
- Memberikan maklumat dan info kepada para pelajar melalui tanda nama tanaman herba tersebut, nama saintifik serta khasiatnya.
- Menanam sikap cinta akan alam sekitar dalam diri warga sekolah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan